Slide Background
Build & Design

Tentang kita

Kami adalah pasukan pakar pokok dengan kepakaran dalam pemotongan pokok dan pemangkasan pokok, penyingkiran pokok tumbang, mencabut akar dan pembersihan tanah. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk penanaman rumput, pemotongan rumput, penyelenggaraan landskap dan reka bentuk landskap. Kami menawarkan pakar profesional dan kerja berkualiti untuk membantu masalah pokok anda di kawasan anda.

Perkhidmatan Kami

Potong Pokok

Pokok yang tinggi dan besar kelihatan cantik dan membantu meredupkan sesuatu kawasan. Namun, ia akan menjadi bahaya apabila pokok tumbang dan merosakkan harta benda, bangunan, mencederakan dan membahayakan nyawa orang sekeliling. Pokok yang tidak diselenggara dengan baik mudah tumbang ketika hujan dan angin lebat atau ribut. Kami menyediakan perkhidmatan menebang pokok yang sudah mati, pokok yang terlalu besar dan hampir tumbang, pokok yang menganggu kawasan persekitaran dan pokok yang reput.

Trim Pokok / Potong Dahan

Pemangkasan pokok ialah memotong pucuk atau dahan pokok untuk membuang dahan mati, dahan reput atau dahan tumbuh terlalu panjang hingga mengganggu bangunan dan dahan yang berisiko untuk jatuh. Dengan pemangkasan pokok, dapat menghasilkan dahan yang sihat, mengalakkan pucuk baru, membaiki pengudaraan pokok, mengurangkan risiko dahan patah dan jatuh, mengelakkan serangga perosak dan mengalakkan pengeluaran tanaman bagi tujuan pertanian.

Buang Daun dan Ranting Daripada Bumbung

Bumbung merupakan struktur asas bangunan untuk melindungi daripada cuaca panas, hujan, angin dan ribut. Oleh itu, amat penting untuk sentiasa memastikan bumbung berada dalam keadaan yang baik. Pembersihan bumbung daripada daun dan ranting yang jatuh perlu dilakukan untuk memastikan saluran air di atas bumbung tidak terganggu, mengelakkan bumbung bocor akibat air bertakung, mengelakkan pertumbuhan kulat dan serangan serangga perosak.

Potong dan Buang Akar

Akar pokok yang terbiar boleh menjadi reput, membusuk dan menjadi tempat pembiakan haiwan perosak. Akar yang terbiar juga boleh merosakan saliran pair air bawah tanah dan menggangu landskap laman anda. Proses membuang akar pokok memerlukan kos, tenaga kerja, dan peralatan yang bersesuaian kerana ia agak sukar bergantung pada jenis akar. Semakin besar pokok semakin sukar untuk membuang akar kerana akarnya lebih kuat, jadi perlu menggali lubang untuk mencabut keseluruhan akar. Cara yang lebih mudah ialah dengan memotong akar hingga menjadi serpihan kecil atau menggunakan bahan kimia untuk proses pereputan akar.

Buang Pokok Tumbang

Pokok yang tumbang akibat cuaca ekstrem seperti hujan lebat atau angin ribut akan meninggalkan kawasan persekitaran yang huru hara. Sekiranya pokok yang tumbang tidak dibersihkan dengan segera, akan menyebabkan lebih banyak kerosakan dan bahaya kepada persekitaran terutamanya jika pokok masih berada di atas bumbung bangunan, pokok yang tumbang atas talian elektrik atau pokok tumbang di atas jalan yang akan menyebabkan kemalangan. Proses membuang pokok bermula dengan memotong bahagian besar menjadi lebih kecil supaya senang di kumpul dan dibuang. Kemudian, serpihan kecil akan dibersihkan supaya tidak menganggu pengudaraan kawasan tersebut.

Siapa Kami

Kami adalah pasukan pakar pokok yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam perkhidmatan pokok di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kami menyediakan pekerja yang berlesen dan berpengalaman untuk melakukan kerja yang berkualiti dan meninggalkan hasil kerja yang memuaskan.

Kebaikan kami

Get In Touch